This article is in Malay language, please click here to translate (using Microsoft Translator)

 

Pada masa kini institusi semakin bergantung kepada penggunaan sistem automasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi memproses maklumat untuk menyokong operasi harian dengan lebih baik. Program keselamatan TMK yang berkesan adalah penting untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat. Memandangkan ancaman keselamatan yang semakin meningkat dan kerumitan dalam sistem TMK yang digunakan, maka Pentadbir TMK mestilah sentiasa memastikan bahawa risiko keselamatan TMK diurus dengan sewajarnya. Selain melaksana kawalan teknikal, amalan operasi dan pentadbiran yang mantap amat penting bagi memastikan pelaksanaan program keselamatan TMK berkesan.

Garis Panduan ini mendefinisikan keperluan mengekalkan tahap keselamatan minimum bagi sistem TMK yang digunakan dalam menyokong operasi di universiti, dan tertakluk kepada semakan berkala. Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai hak untuk mengemas kini dokumen ini apabila perlu.

 

Muat turun Garis Panduan Dan Prosedur Keselamatan TMK USM (GPPKTU)