This article is in Malay language, please click here to translate (using Microsoft Translator)

 Bagi melindungi komputer anda dari virus dan ransomware yang mengeksploitasi kerentanan servis perkongsian Windows (Server Message Block, SMB) versi 1 memerlukan anda menghentikan servis SMB1 dan juga memasang fail tampalan yang dikeluarkan oleh Microsoft.

Berikut adalah cara untuk menghentikan servis SMB1 melalui Control Panel.

  1. Klik pada butang Start (Windows), dan taipkan carian Control Panel. Klik pada Control Panel dari senarai carian.
    open control panel

  2. Pada Control Panel, klik pada Program & Feature > Turn Windows Feature on or off.
    turn on off windows feature

  3. Dari senarai pilihan. Buang pilihan pada SMB 1.0/CIFS File Sharing Support. Tekan OK untuk teruskan.
    disable smb1

  4. Mulakan semula komputer anda.

  5. Lakukan kemaskini tampalan Windows pada komputer anda.