Sunday November 23 , 2014

Program 1CiTiZEN

1CitizenSmallLogo

Adakah anda mengamalkan penggunaan teknologi secara sebaiknya? Adakah anda menyedari kesan dari pertukaran dan perkongsian maklumat kepada diri anda dan mereka yang lain? Adakah anda mempunyai etika ketika menggunakan teknologi Internet? Adakah anda dilindungi dari virus, spyware, penggodam, kecurian identiti atau lain-lain ancaman ketika berada lama talian?

Walaupun ramai diantara kita mengenali apa itu teknologi maklumat dan keistimewaannya, tetapi ramai yang tidak endah dan leka dari ancaman yang datang bersamanya. Oleh itu, USM dan Prestariang System Sdn. Bhd. telah bekerjasama menjayakan program untuk memupuk kesedaran, etika dan memberi pendedahan kepada anda berkenaan kebaikan, keburukan dan cara untuk kekal selesa dan selamat apabila menggunakan teknologi komputer dan Internet.

1Citizen merupakan program persijilan pertama di dunia yang mempromosikan cara penggunaan teknologi komputer dan Internet secara beretika. Program ini membolehkan anda mendapat pengiktirafan bertaraf dunia, IC CITIZEN, dalam Netiquatte. Ianya mengesahkan pemahaman anda kepada peraturan-peraturan asas dunia digital hari ini. Program 1Citizen mengambil masa selama 2 hari.

IC CITIZEN berasaskan dari idea netizen oleh Michael Hauben (1992).

8 Nilai Kritial

1Citizen ini memperakui pengetahuan dan pemahaman Nilai berikut:

  1. 1.e-Access (Capaian)
  2. 2.e-Literate (Berpengetahuan)
  3. 3.e-Rule (Peraturan)
  4. 4.e-Safety (Keselamatan)
  5. 5.e-Interaction & Collaboration (Interaksi & kerjasama)
  6. 6.e-Enterprise
  7. 7.e-Care (Penjagaan)
  8. 8.e-Accountability (Akauntabiliti)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini dan pendaftaran kursus, sila emel Dr Nurul Hashimah di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , melalui telefon, 04 653 4645 atau faksimili 04 657 3335.